Loading...
gengsensasi

Bukan Suami Sahaja, Malah Ada Juga Isteri Yang Menipu Suami Untuk Berskandal Di Office

Gambar hiasan sahaja | Google Images
Oleh Diey Hasan

Selalu saja kita mendengar kes suami tergamak menipu isteri agar dia dapat berskandal dengan rakan sepejabat. Tetapi di sebalik kes tersebut, dalam masa yang sama sebenarnya isteri juga menipu suami mereka. 

Ini kerana kebanyakan skandal sepejabat ini melibatkan suami dan isteri orang. Tetapi sudah pasti lelaki yang akan dipersalahkan dulu atas alasan lelaki yang memulakannya. 

Rakan saya mengadu yang isterinya kerap balik lewat dari pejabat atas alasan kerja lebih masa dan tak boleh buat di rumah. Selepas itu, kantoi skandal dengan suami orang.

Nauzubillahiminzaalik. 

Jalan penyelesaian yang terakhir adalah perceraian kerana cinta terlarang itu sudah tidak dapat dibendung lagi. 

Ingatlah, syaitan selalu mencari jalan untuk memisahkan pasangan suami isteri dengan menyuntik pelbagai fitnah. Ingatlah, Islam meletakkan syarat yang ketat untuk wanita yang ingin keluar bekerja.

Pesan guru kami, "Wanita yang berjubah, syaitan pun datang dalam bentuk jubah. Wanita berniqab, syaitan akan datang dalam bentuk berniqab." 

Ini menunjukkan kepada kita walau sealim atau sewarak mana sekalipun, kita pasti tidak terlepas dari gangguan syaitan yang datang mengikut kelas masing-masing. - Diey Hasan

Ditulis semula untuk siaran di The Reporter sahaja. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.