Bekas Guru Besar Kongsi Kisah Tukang Kebun Sekolah Yang Amanah Walaupun Sekadar Satu Ranting Pokok. Amanah Bukan Benda Mudah !!! |
Amanah, satu perbuatan yang mulia tetapi besar cabaran dan dugaan untuk mempertahankannya, ramai yang rebah apabila memegang amanah.
Kisah yang dikongsikan oleh seorang bekas guru besar bernama Tuan Abd Ghani Haron yang mengisahkan seorang tukang kebun yang amat amanah walaupun beliau cuba meminta hanya seranting pokok bunga tetapi tidak diberikan kerana bukan haknya untuk membenarkan.
Disebalik cerita ini, pelbagai mesej berjaya disampaikan oleh beliau.
Melintas di sebuah sekolah kebangsaan,ternampak sejambak bunga dipagar.Cantik.Teringin nak tanam.
Lalu saya menyapa tukang kebun sekolah yg berada tidak jauh dari situ.Saya minta rantingnya yg mungkin boleh ditanam.Tukang kebun itu menjawab, “Tuan Haji kalau nak ambik, kena minta pada gurubesar, saya kuli saja,saya kerja tanam dan bela supaya tumbuh berbunga.”
Bila dia jawab begini,saya teringat kisah Saidina Umar yg meminta beli seekor kambing dari pengembala,tetapi pengembala itu tidak mahu jual kerana kambing itu bukan miliknya,walaupun Saiyidina Umar menyuruh dia memberi alasan kpd tuannya bahawa serigala memakan kambing utk menyembunyikan hal kambing yg dijual kpdnya.
Saya cuba memujuk pak cik ni dg berkata,”Kalau encik bagi pada saya gurubesar bukan tahu,dia dalam pejabat,lagipun satu ranting kecik saja,bukan nak cacat pokok tu,bukan boleh mematikan pokok tu dan gurubesar tak akan perasan.”Saya terus memujuk.
Tukang kebun itu menjawab,”Guru besar memang tak tahu,tak perasan tapi Allah tetap nampak.Ini bukan hak saya,saya cuma makan gaji dan disuruh menjaga. Saya tetap tidak akan bagi pada Tn Haji.”Saya senyum kpdnya dan masuk kesekolah berjumpa gurubesar.
Banyak orang memandang remeh perkara amanah terutama bagi perkara kecil.Bila kita ditugaskan ,kita diberi amanah untuk menjaga harta,alat,masa kerja dsbnya,kerana ketua kita atau majikan tidak akan duduk menunggu melihat kita.Maka atas sifat amanahlah kita bekerja dan yg memehati setiap pergerakan kita ialah Allah.
Apa yg dijawab oleh tukang kebun itu adalah hakikat,dia benar-benar seorang yg amanah meskipun sekedar satu ranting pokok bunga.
Jom kita lihat tugas yg lebih besar yg juga memerlukan amanah.Alat tulis pejabat,pen,paper clip,stapler dan pinnya,pemadam,getah pengikat,pin dsbnya adalah perkara kecil yg terkadang kita guna utk peribadi, terbawa balik utk kegunaan sendiri.
Begitu juga kertas,file dibawa pulang utk kegunaan sendiri adalah suatu yg tidak amanah meskipun kecil.Yg lebih besar mengguna kenderaan pejabat utk urusan sendiri,pergi makan,shopping, singgah sekejap dirumah dll.
Guna air dipejabat cuci kereta sendiri.Cas telefon peribadi utk kegunaan sendiri.Memang ianya sedikit tetapi tetap pecah amanah dan akan ditanya diakhirat.Jangan pandang remeh kerana bukan sekali,kerana kita berkhidmat berpuluh tahun,berapa banyak harta pejabat diguna utk peribadi secara sikit demi sikit.Muhasabahlah diri dan berhentilah.Jom tiru tukang kebun itu.
Ada juga peralatan pejabat diguna untuk urusan sendiri seperti panggilan telefon urusan peribadi,sprt membuat panggilan ke rumah,panggilan niaga dll.
Mengguna komputer pejabat untuk urusan sendiri seperti melayari fb,whatssap meski seminit dua tetap tidak amanah.Jika sehari sekali,jika sehari seminit dua kita tidak amanah pada peralatan tempat kerja,kiralah berpuluh tahun kita bekerja,tidak terjawab dihadapan Allah nanti.
Selain itu mengguna waktu bekerja untuk urusan sendiri dg telefon,melayari fb,berjual beli dipejabat,adalah juga tidak amanah dan menambah dosa dan merosak rezeki. Mereka yg suka berniaga dipejabat,t olong ambil perhatian. Nabi suruh berniaga tetapi nabi tak suruh berniaga sambil mencuri waktu kerja .Usah dolak dalik kerana setiap minit dan saat waktu bekerja telah dibayar dlm bentuk gaji.
Ada kala kita berfikir mengapa hidup penuh masalah,walau bekerja gaji ribu,masih tak cukup pendapatan.Kata orang menunggu bulan terbit tiap bulan sedangkan ada orang gaji ratus ringgit boleh bela anak berderet,sekawan neru,hidup bahgia.
Cuba fikir dan semak bersihkah rezeki kita,ada tidaknya sekecil-kecil perkara dlm tugas yg kita tidak amanah.Hanya kita yg tahu dan Allah juga tahu,majikan tidak tahu.Kembalilah kpd kebenaran utk jd orang yg amanah meskipun orang lain tidak lihat.Jom jadi seperti tukang kebun ini,yg tugasnya dirasakan diperhati oleh Allah setiap masa. Abd Ghani Haron.
The post Bekas Guru Besar Kongsi Kisah Tukang Kebun Sekolah Yang Amanah Walaupun Sekadar Satu Ranting Pokok. Amanah Bukan Benda Mudah !!! appeared first on BACA VIRAL.