14 Maut Bas Alisan TERBABAS. Penumpang Cerita Detik Cemas Yg MENGERIKAN !!! | Abang mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayo, lega apabila adiknya bukan antara 14 yang terkorban.
Mohd Juzaimy Zakaria, 37, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada adiknya, Mohamad Juhaify, 21, memaklumkan bas dinaiki terbabit dalam kemalangan.
“Adik menghubungi saya, pada kira-kira 4 pagi. Dia memberitahu bas dinaikinya dari Johor Bahru terbabas di Pagoh.
“Kami sepatutnya ambil adik di Seremban, kerana ada perjumpaan keluarga. Namun, berkejar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kerana adik dirawat.
“Alhamdulillah, adik hanya cedera. Namun, kami bersimpati dengan keluarga mangsa lain,” katanya ketika ditemui di HPSF, di sini.
Mohd Juzaimy berkata, adiknya yang kini menjalani latihan amali di hospital pakar KPJ di Johor Bahru, duduk di kerusi belakang dan memang sedang tidur.
Katanya, adik bongsu daripada empat beradik itu hanya sedar apabila terpelanting ke depan dan mendapati hampir semua penumpang tersepit di kawasan sama.
Nahas itu meragut 14 nyawa, termasuk pemandu dan kanak-kanak.
Tiga belas daripadanya terkorban di tempat kejadian manakala seorang ketika menerima rawatan di HPSF.
Kemalangan itu turut mencederakan 16 yang lain.
Sekurang-kurangnya 24 anggota bomba dan tujuh pegawai kanan dari tiga balai dikejarkan ke tampat kejadiaan selepas menerima panggilan pada 3.43 pagi. KREDIT Harian METRO.
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
The post 14 Maut Bas Alisan TERBABAS. Penumpang Cerita Detik Cemas Yg MENGERIKAN !!! appeared first on SAYALUVISLAM.