Loading...
gengsensasi

(Video) Pergi Petronas Nak Isi Minyak, Motosikal Takde!


MASAI, JOHOR - Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Singapura terpaksa berputih mata apabila motosikalnya dilarikan penyamun, semalam. 

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa yang singgah di Stesen Petronas Bayu Senibong untuk mengisi minyak. 

Selepas meletakkan motosikal jenama Yamaha 135 LC, JND2656, berwarna hitam di pam minyak, mangsa terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. 

Tidak beberapa lama kemudian, datang sebuah kereta Proton Wira. Dalam percubaan pertama, suspek cuba menghampiri sebuah motosikal berwarna putih, namun niatnya terpaksa dibatalkan kerana pemiliknya sudah kembali ke mosoikalnya. Lalu suspek berpura-pura mencuci cermin belakang kereta Proton Wira yang dipandu oleh rakannya. 

Gagal pada cubaan pertama, suspek kemudian sekali lagi mencuba nasib dengan menghampiri motosikal mangsa yang dipercayai ditinggalkan dengan kunci. Dikesempatan yang ada, suspek terus menghidup enjin motosikal dan memecut melarikan diri dari stesen tersebut. 

Mangsa cuba berlari mendapatkan motosikalnya, namun segala-galanya sudah terlambat. 


Hasil semakan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak begitu membantu kerana kualiti rakaman yang amat teruk. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai motosikal mangsa, diminta tampil memberi maklumat pada balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.