Loading...
Sensasi

Tampal Stiker Hantu Untuk Takutkan Pemandu Lain Yang Buka Lampu Tinggi . Jangan Cuba Taktik Sebegini!






Kedengaran macam agak pelik je tajuk di atas bukan? Tapi inilah realiti yang terjadi di negara China di mana segelintir pemandu telah menemui idea baharu dan kreatif dengan menampal stiker hantu di bahagian cermin belakang mereka untuk menakutkan pemandu lain yang membuka lampu tinggi dan menyuluh kenderaan dihadapan mereka.

Cer tengok macam gambar kat atas ni, kalau kita di belakan mereka pun memang kecut perut dibuatnya lagi-lagi pada waktu malam. Sememangnya apa yang mereka lakukan ini boleh mengundang bahaya kepada pemandu yang lain dan khabarnya mereka yang ditangkap kerana menggunakan teknik kejutan seperti ini boleh dikenakan hukuman dan menyebabkan pemandu lain berada dalam keadaan bahaya.




Bila trend ini menjadi, ramai kedai yang berpusu-pusu menjual stiker hantu reflektif dan salah seorang penjual stiker tersebut berkata jika tiada pancaran lampu dan boleh memberikan tindakan refleks terhadap gambar berkenaan, ianya tidak akan kelihatan.

Anatar denda yang dikenakan jika ada pemandu yang menampal stiker sebegini ialah di Jinan yang mana boleh menerima denda 100 yuan bagi setiap satu. Namun hukuman boleh bertambah berat sekiranya pemandu tersebut mengakibatkan kemalangan jalan raya.



Untuk pemandu di Malaysia, jangan pula lakukan perkara sebegini bimbang ianya akan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Ingat, di jalan raya bukan kita lah raja, namun gunakanlah jalan raya dan pandu sebaik-baikny

Sumber : Informasiberganda

About Cite Malaya

Powered by Blogger.