Gara-gara kulit album yang mencetus kontroversi, penyanyi dan komposer hebat, Faizal Tahir dituduh murtad dari agama sendiri kerana jelmaan dirinya pada kulit album terbaru kali ini kelihatan seperti lambang salib.
Walaubagaimanapun, Faizal sudah menerangkan satu persatu maksud disebalik foto album itu namun tetap ada antara peminatnya mengkritik kulit album yang dihasilkan kelihatan seperti unsur freemanson dan iluminati.
“ lapan bulan proses untuk menyiapkan album ini dan ada yang melihat ia seperti satu lambang iluminati, freemanson. Saya tidak pasti bagaimana cara mereka melihat dan menilai tetapi saya tidak kisah dengan apa tanggapan orang ramai, yang penting saya tahu apa yang saya buat.
Menurut Faizal, lambang kuda itu menunjukkan tahun dia dilahirkan manakala warna hitam putih itu pula merupakan kehidupan . Sayap pada kuda pula merupakan simbolik Liverpool dimana Faizal merupakan penyokong setia Liverpool. Sebenarnya, setiap karakter yang muncul pada permukaan kulit album terbaru Faizal menceritakan kehiduapan Faizal sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Freemanson, iluminati dan sebagainya.
Sumber : Informasiberganda