Ramai Isteri2 MENANGIS Selepas Baca Luahan Suami Ini. TAK SANGKA !!! | Aku tak pernah tulis panjang panjang, lagi2 utk org ramai baca dan nilai. Lagi2 hal peribadi, melibatkan orang2 terdekat. Tapi aku terdetik nak tulis sebab nak rasa macam aku ni nak menyumbang kpd kesatuan orang lelaki. Ya, orang lelaki dlm hubungan2 kami…dengan orang perempuan.
Aku dah kahwin 2 tahun lebih, 5 bulan lepas dapat anak lelaki seorang. Duduk jauh dari keluarga masing masing.
Baru baru ni hari minggu, aku tgh pakaikan anak baju lepas mandi. Anak aku ni baru pandai pusing2 badan, maka nak pakaikan baju memang mcm nak kena kunci mati silat. Masa tu isteri aku tengah kemas kemas bilik, lepas kemas dapur, lepas sarapan. Dlm dia tgh kecah kecah tu, dgn emosi dia merungut kat aku “kertas ni nak buat apa?” Aku balas “nak hantar ke bos” Dia cakap “la kenapa kat situ je benda ni dah berminggu??”
Baru baru ni hari minggu, aku tgh pakaikan anak baju lepas mandi. Anak aku ni baru pandai pusing2 badan, maka nak pakaikan baju memang mcm nak kena kunci mati silat. Masa tu isteri aku tengah kemas kemas bilik, lepas kemas dapur, lepas sarapan. Dlm dia tgh kecah kecah tu, dgn emosi dia merungut kat aku “kertas ni nak buat apa?” Aku balas “nak hantar ke bos” Dia cakap “la kenapa kat situ je benda ni dah berminggu??”
Otak aku ni….jujur… “tipikal guys’”…tgh gusti dgn anak, mana pulak aku nak kecah kecah pasal kertas atas rak – maka aku jawab, nada tertinggi (sebab isterinya kat tingkat bawah rumah) “biar je lah kat situ!”. Isteri aku tak biasa aku cakap mcm tu kat dia – terus seakan akan terkedu; katanya, hampir dgn nada kalah “yelah nanti kalau saya simpan pulak kang…”. Fine. Aku mandi, isteri aku susukan anak- anak kena paksa tidur kejap.
Dah 3 hari sejak hari tu, isteri aku masih emosi dgn aku, aku dah cuba baik baik, masih dia buat2 janggal dgn aku. Mungkin hati tergores. Mungkin rasanya, Nabi dulu- dulu mana mungkin cakap dgn isterinya begitu, biarlah isterinya panas baran depan tetamu pun, lempar talam ke ruang tamu pun. Nabi dulu baik pada isteri…dan yg terbaik antara kamu adalah yg baik terhadap isteri. Ni favourite isteri aku, compare aku dengan Nabi. Ya, Nabi kekasih Allah yg tak pernah buat salah seumur hidup dia. Yang waktu kecilnya dadanya dibukak dek malaikat dan dicucinya dgn air zamzam. Yang namanya disebut dalam satu frasa dengan nama Allah. FML.
Meh aku ajak muhasabah, kalau korang ingat balik hubungan korang, ada tak suami korang compare korang dgn wanita lain ? Kawan pejabat ke, rakan sekelas ke, bibik rumah sebelah ke, Siti Maryam si Perawan Suci ke ? Siti Khadijah ke? Ada ? Kalau ada tu, korang kena share ni dengan diorang.
Tapi aku rasa kebanyakannya tak ada. Kenapa ? Suami korang kalau nak cakap sesuatu tu, brek otak dia kuat, dia tak nak hati kau terluka. Mmg lidah diorang tajam jugak, kadang kadang sebut tiga empat patah pun tertembus hati korang berpalu palu; tapi kalau smpai begitu, yakinlah tekanan dalam otak diorang tu dah tinggi sangat- atau dia tak tumpu perhatian sebab ada benda lain depan dia.
Tapi aku tak asing la dengar yg wanita wanita yang suka sangat banding laki dia dgn orang lain. Laki korang sebenarnya sakit hati tau dengar benda benda mcm ni, dia mungkin balas ala- ala main-main wara’ , goofy-goofy atau saja-saja buat tak serius. Tapi hati dia tu Tuhan je Tahu. Nak cerita kat member- orang cakap jangan bincang hal kahwin dengan org luar, nak cerita kat mak- nanti mak cakap “ha kan dah menyesal, mak suruh kahwin orang lain !” , nak cerita kat ustaz – nanti ustaz buat lawak lucah.
Jadi waktu pergi ke kerja, waktu memandu dlm sesak jalan raya, waktu solat…fikirannya : “Tak cukup ke?… Aku ni?” Padahal semuanya dah diberi, harapnya cukup, kerja mungkin dia tak suka tapi buat seboleh daya, kalau boleh nak ambil overtime sebab nak beli hadiah kat isteri dan anak. Jadi hati dia pon tahan je hari tu, esoknya dia bangun tidur dia dah rileks balik sebab dia dah maafkan isteri dia, dia ckp kat hati dia “biasalah orang perempuan emosi, memang cakap macam macam”.
Tapi waspada isteri isteri, banyak-banyak kali korang buat benda sama…jangan terkejut ada wanita lain di luar sana yg jauh lebih bagus dari anda. Suaranya lebih lembut, sopannya asli, tudungnya lebih labuh (senang suami tak payah asyik nak inspect aje), ilmunya lebih meluas, tapaknya lebih teratur. Suami anda nampak diorang semua, tapi dia tapis dgn iman dan kesetiaan terhadap anda.
Nak kata, takyah la compare compare suami anda- memang bagus la nak suami anda jadi mcm Nabi. Tapi suami anda itu sebenarnya menara kaca, cat je warna konkrit. Lemahnya dia tak ada yg tahu, sebab masyarakat tak beri ruang utk dia lemah atau kekurangan; kadang2 tak pandai berlembut bahasa, kadang2 terlokek rezeki sekarang sebab risaunya rezeki tahun depan, kadang2 tidur hari minggunya lama sebab hari-hari kerjanya panjang dan panas. Rajuknya tiada yg pujuk, sedihnya ditelan pahit, susah hatinya di simpan dalam2.
Kita kasi ruang agar sama2 selesa, kita kasi ruang salah sama2, kalau salah maafkan dgn hati terbuka. Jauhkan diri dari guna hadith2 hanya sebab kita nak menang kalau bergaduh mulut. Kesian pasangan kita, sbb mmg takkan tercapai tahapnya Nabi mulia Nabi Muhammad saw, cubalah dia macam mana pun. KREDIT IIUM.