Loading...
gengsensasi

Lelaki & Beruk Peliharaannya Maut Dipanah Petir

Gambar kecil, keadaan bangsal tempat mangsa dipanah petir | Foto - Harian Metro

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut dipanah petir ketika mengupas kulit buah kelubi di bangsal depan rumahnya di Kampung Tanah Puteh, petang semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Syamsudin Muda, 52, berada di bangsal tersebut seorang diri, parah di bahagian perut dan paha. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pada ketika kejadian, isteri dan lapan anaknya (termasuk seorang OKU) berada di dalam rumah yang terletak 20 meter dari bangsal tersebut. 

"Mangsa ditemui oleh anak perempuannya yang berusia 10 tahun di bangsal itu yang menyangka mangsa sedang tidur selepas melihatnya terbaring bersama gumpalan selimut. 

"Dia kemudian memanggil ibunya untuk membantu mengejutkan mangsa yang tidak sedarkan diri. Bagaimanapun mangsa langsung tidak bergerak, lalu mereka meminta bantuan dari jiran," katanya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat dan dikebumikan pagi ini. 

Turut terkorban dalam kejadian itu, seekor beruk milik mangsa yang ditambat di tepi bangsal tersebut.

Menurut sumber, keluarga itu kini kehilangan tempat bergantung di mana sebelum ini, arwah Mohd Syamsudin Muda atau Pokpin, berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara keluarganya. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.