Loading...
Cite Malaya

Abg Masuk Asrama. Balik Rumah Tiba2 Dia JENTIK Lengan Aku. Tak Sangka Rupa2nya….

Abg Masuk Asrama. Balik Rumah Tiba2 Dia JENTIK Lengan Aku. Tak Sangka Rupa2nya…. | Abang. Abang kat sini bg perempuan ada byk maksud. Abg kandung, abg panggilan utk suami atau abg utk panggilan ‘buayafren’. Abang dlm cerita aku ni adalah abang kandung. My only brother.
1
Nama aku Fatin. Tak ada adik, tak ada kakak. Hanya ada abg. Dua beradik je. Sejak kecil aku rapat dgn abg. Pernah gelar aku tomboy sebab perangai macam lelaki. Panjat pokok, main layang2 tanpa memakai baju (ikut abg), main basikal kat lereng bukit dan byk lagi. Semua aku ikut abg aku. Abg aku baik sgt, selalu layan aku yg mengada2 ni.
Aku ingat lagi masa kecil, sama2 tgk kartun doremon pukul 7 mlm. Selalunya bila dah maghrib mak suruh solat dulu, tak bagi tgk kartun. Aku dgn abg aku berlumba utk solat. Masalahnya kitaorang berlumba siapa paling cepat habis solat. Pernah abg sembahyang salah kiblat. Janji solat. Aku gelak2 je sambil jerit ‘Makkkk!!!! abg sembahyang tak ikut kiblat!!’. Lepas abg solat kena ketuk kepala dgn abg. Lepas tu bergaduh. Tp end up tgk kartun sama2 jgk.
Abg belajar tak pandai. Result agak biasa2 je kalau nak compare dgn aku. Kiranya aku lg pandai dr abg. Tp kelebihan abg aku, abg tak pernah tinggikan suara kat mak ayah. Peribadi abg lg baiklah nak compare dgn aku yg kuat memekak. Lepas PMR, ayah buat keputusan nak hantar abg kt asrama sbb tgk abg byk keluar main dgn kwn2 sampai tak study. Bila ayah kata mcm tu, abg ikut je tak bantah. Aku sedih sbb dah tak ada kwn dah. Tapi nak buat mcm mana, takkan aku nak melawan pulak.
Sejak abg masuk asrama, abg byk berubah. Perubahan ke arah yg lebih baiklah daripada dulu. Aku bab2 agama ni agak ke longkang sikit. Solat tu sekadar solatlah. Al-quran tak pernah sentuh. Mengaji pun merangkak. Dulu sebelum abg masuk asrama, abg pun lebih kurang mcm aku. Solat mcm torpedo, laju sungguh. Tgk2 dah habis solat.
Tp bila abg masuk asrama, ketara sgt perubahan abg. Bila time cuti sekolah, masa abg kat bilik aku dgr abg aku mengaji. Sedap sgt suara dia. Baru tau abg mengaji sedap. Solat abg jg, tak mcm dulu. Pernah suatu mlm tu aku tgk tv. Masa tu pukul 1 pagi mcm tu. Aku lalu depan bilik abg , aku dgr abg tgh mengaji. Sedap taranum abg. Dgr abg mengaji terkesan jgklah hati aku ni. Tgh2 mlm abg aku buat pahala, aku pulak tgh2 mlm buat perkara sia2. Tgk tv cerita ntah apa2. Sejak tu hati aku mcm berubah sikit. Rasa nak berubah, tp tak tahu mcm mana.
Ada suatu ketika tu, kami sekeluarga keluar berjalan. Aku mcm biasa pakai pakaian yg selalu aku pakai. Biasalah yg singkat, ikut body sikit, baju lengan tiga suku. Kalau tgk mmg tak ikut syariat Islam lah. Masa tgh berjalan sedap je abg aku jentik tgn aku. Katanya ni apa ni, buka aurat. Aku masa tu benganglah. Main jentik2 pulak, geram aku. Tp bila dah balik rumah, terfikir balik apa abg aku buat. Niat dia baik, just nak tegur aku supaya tutup aurat dgn sempurna. Mungkin dah biasa cara kasar, mcm tulah cara dia tegur. Aku bengang sbb kena jentik je. Sbb sakit tau. Huhu
Sejak peristiwa tu, kalau ada abg aku je aku jaga aurat. Abg aku tak ada, ikut mcm biasalah. Tp hati aku dah rasa lain. Tak tau nak kata mcm mana. Pernah suatu hari tu lepas solat maghrib aku ambil buku yasin. Nak bacalah sbb dah lama tak baca. Korang tau apa jadi? Aku ambil masa sejam setengah nak habiskan baca surah yasin tu. Sbb lidah aku dah keras, nak sebut bacaan tu asyik tergagagp je. Org lain boleh habis dlm 10 minit, aku sejam setengah baru habis.Ya Allah, masa tu baru aku tau aku dah jauh dari Allah. Sambil baca aku menangis teresak2 sbb susah nak baca. Sampai aku marah dan geram dgn diri aku sendiri. Rasa mcm….arrgghhhh!
Sejak dari tu, aku tanamkan azam nak masuk asrama. Aku nak berubah mcm abg aku. Tiap2 kali lepas solat aku doa pada Allah supaya dpt masuk asrama. Masa tu aku form 3, so aku apply SBP dgn MRSM utk aku sambung belajar form 4. Tapi yg kelakar, bila percubaan aku dpt 1A je. Hadoi. Start saat tulah aku belajar betul2. Aku doa benda yg sama tiap kali solat, nak masuk asrama, nak berubah mcm abg. Aku doa sampai nangis2, hrp sgt Allah tunaikan permintaan aku. Aku tau kalau aku stay kat sini aku susah nak berubah. Environment tak membantu aku. Aku tak ada kawan yg boleh tlg. Hanya Allah tempat aku bergantung.
Dipendekkan cerita, aku akhirnya dpt panggilan masuk ke MRSM. Tp tak payahlah aku bgtau kat mana. Masa aku pergi daftar, aku rasa stress. Sbb MRSM tu terceruk di pedalaman. Alahai, apa yg ada kat sini. Tak ada apa! Aku mcm memberontak, kenapa aku dpt kat sini. Tapi Allah kan hebat, Dia tau apa yang kita perlukan. Disitulah tempat aku utk belajar ilmu Allah. Aku mula berubah, aku dah boleh mengaji. Aku belajar semuanya kat situ. Aku berubah seperti abg aku berubah.
Aku bersyukur sbb Allah tunaikan permintaan aku. Sejak itu, penampilan aku dah berubah. Dah sopan, tak ada singkat2 lg, yg lengan pendek semua tak ada. Abg aku tak ckp apa, tp aku tau dia gembira. Ego betul abg aku ni. Nak puji aku pun tak nak. Tp tak kisahlah, janji abg aku tak jentik2 aku lg. Haha
Bila aku belajar kat universiti, abg aku byk support aku dr segi kewangan. Aku tau gaji abg aku sikit je waktu tu, tp dia tak pernah lokek nak bg duit. Paling sikit dia akan bg RM50. Bila birthday aku dia belikan hadiah walaupun aku yg paksa. Haha. Aku seorg adik dia, mestilah dia belikan kan?
Aku bersyukur dpt abg mcm abg aku. Mungkin kami dua beradik je, tak jadi masalah. Aku yakin kat luar sana ada lg abg2 yg hebat dari abg aku. Cuma point yg aku nk tekankan kat sini, kerana abg aku, aku berubah. Aku tau hidayah itu milik Allah. Tp mungkin melalui abg aku, Allah bukakan pintu hati aku.
Abg, the only one abg yg aku ada. Tempat aku bergantung bila susah. Sampai sekarang abg aku tak tau titik permulaan perubahan aku sebenarnya adalah daripada dia. Sbb abg, aku berubah. Hrp abg tak baca confession ni. Tak pun kalau abg baca, abg tak tau abg kat sini adalah dia. Haha
Terima kasih Allah. Terima kasih abg. KREDIT IIUM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.