Loading...
Cite Malaya

3 Beradik Ditinggal IBU Di Rumah Sewa. Apa Yg Berlaku Buat Ramai SAYU !!!

3 Beradik Ditinggal IBU Di Rumah Sewa. Apa Yg Berlaku Buat Ramai SAYU !!! | Tiga beradik lelaki berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa menagih simpati jiran selepas ditinggalkan ibu mereka di sebuah rumah sewa di Taman Serkam Ria, di sini, sejak Khamis lalu. Wanita berusia 31 tahun itu meninggalkan anaknya, Muhammad Tajul Irfan Hermi, 8, Muhammad Tajul Iqbal, 10, dan Muhammad Tajul Haikal, 11.
1
Bagaimanapun, dia membawa anak bongsunya bersama, Muhammad Tajul Iqram berusia lima tahun. Ketua Penyiasat Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nor Azam Ismail, berkata siasatan awal mendapati wanita itu kerap menyewa di beberapa tempat di sekitar negeri ini, namun sentiasa mempunyai masalah kewangan menyebabkan dia dihalau tuan rumah.
Katanya, wanita itu juga adalah penerima tegar bantuan MAIM berjumlah RM600 sebulan sejak tahun 2012. “MAIM sebelum ini menempatkannya bersama empat anak di Kompleks Al-Huda Balai Islam, Taman Kesidang, namun beliau sentiasa menimbulkan masalah kepada penghuni lain, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan kita terpaksa mencari rumah sewa lain untuknya.
“Suaminya pula kini berada di Kompleks Penjara Sungai Udang sejak dua bulan lalu kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Nor Azam berkata, sejak Januari lalu tiga anak wanita berkenaan sudah tidak bersekolah dan perbuatan itu bukanlah kali pertama dilakukannya. “Ini kali kedua dia melakukan perkara itu (meninggalkan anak), sebelum aduan dibuat oleh jirannya kepada MAIM.
“Ketiga-tiga anak wanita ini dihantar ke Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di Pantai Kundor untuk dijaga sementara waktu, sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya. KREDIT BERITAHARIANN.
2

About Cite Malaya

Powered by Blogger.