#PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo memberi amaran kepada dalang yang menyebar gambar-gambar bogel mirip pelakon Atikah Suhaime agar tidak lagi melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
#David berkata, pihaknya mengetahui siapa individu berkenaan dan sudah pun mempunyai beberapa bukti yang boleh mendakwanya ke muka pengadilan.
#"Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.
#"Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas," ujarnya kepada mStar Online.
#David berkata demikian ketika ditemui pada majlis previu filem Volkswagen Kuning, di sini, malam Selasa.
#Penerbit filem ini menjawab kontroversi tentang pelakon di bawah pengurusannya itu yang dikaitkan dalam gambar bogel bersama seorang lagi pelakon iaitu Idris Khan.
#Tambah David, aktres tersebut menjadi mangsa individu yang merancang untuk menjatuhkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
#Bagaimanapun, dia memohon agar masyarakat tidak terus menghukum Atikah dengan kontroversi yang tidak dilakukannya itu.
#"Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.
#"Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap," ujarnya.
#Terdahulu, pada tahun lalu, Atikah turut dihimpit kontroversi kononnya mempunyai video seks bersama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.
#Bagaimanapun, Atikah bersama syarikat pengurusannya tampil menafikan berita berkenaan dan meminta pihak penyebar khabar angin itu agar menunjukkan bukti.
Sumber : Informasiberganda