Loading...
Artis

AKHIRNYA TERJAWAB !! Misteri KEHILANGAN Penghibur Tersohor, Anita Sarawak Bertahun-Tahun Akhirnya Kini TERJAWAB & TERURAI !!! Anita yang sering membahasakan dirinya KAK NITA, dilaporkan menjalani PEMBEDAHAN......



#Dalam artikel Shuib Taib di New Straits Times, tulisannya menjawab persoalan dan gossip yang dikaitkan dengan kehilangan penyanyi kelahiran Singapura itu.

#Misteri Kehilangan penghibur tersohor, Anita Sarawak kini terjawab

#Anita yang sering membahasakan dirinya Kak Nita, dilaporkan menjalani pembedahan tulang belakang pada 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan negara ini.

#Ia tidak dikongsi dengan peminat selepas dia memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi, tanpa publisiti.

#Sepanjang tempoh itu, pelbagai spekulasi timbul terhadap penyanyi bertaraf antarabangsa ini.

#Paling kerap diperkatakan, dia telah berpisah dengan suami keempatnya, Mahathir dan mengubah penerampilan bergaya dan seksinya dengan berhijab.

#Paling mengejutkan, Anita Sarawak dikatakan turut dibebani dengan masalah hutang.

#Hakikatnya, anak tunggal hasil perkahwinan primadona filem Melayu, Siput Sarawak dengan S. Roomai Noor ini, membuktikan segala cerita yang dikaitkan dengan dirinya adalah palsu.

#Dirinya masih isteri kepada Mahathir dan masih tinggal sebumbung dengan suaminya.

#Bukan setakat itu, Kak Nita terus mengembangkan asetnya dengan membeli hartanah di Tuscany, Italy, sekaligus menyangkal dakwaan dia berdepan dengan masalah hutang.

#Bahkan, pembedahan tulang belakang sebelum ini, tidak menghalangnya kembali membuat persembahan di Caesers Palace, Las Vegas pada Februari dan Mac lalu.

#Walaupun dia tidak seaktif dulu, namun ia membuktikan Anita Sarawak masih menjadi seorang penghibur.

#Bagi peminatnya di negara ini dan Singapura, dia seorang penghibur yang unik dengan gaya tersendiri. Kelincahan dan coletehnya ketika membuat persembahan membuatkan mereka merindui kemunculan semula Kak Nita.

Sumber : Informasiberganda

About Cite Malaya

Powered by Blogger.