Loading...
TR

'Penyewa ini sangat sial menyusahkan orang!' - Bekas penyewa buat onar, pemilik rumah terpaksa berdepan dengan Ah Long


Gara-gara penyewa lama membuat onar, pemilik rumah terpaksa menanggung ketakutan akibat diganggu oleh Ah Long yang datang menuntut hutang. 

Menurut pemilik rumah, Nur Adhariah, yang berkongsikan mengenai kejadian itu di Twitternya berkata, individu terbabit telah membuat pinjaman wang dengan Ah Long dengan menggunakan alamat kediamannya yang kini menjadi sasaran ceti haram itu selepas individu yang berusia 26 tahun itu tidak menjelaskan hutangnya. 

"Muda-muda dah pinjam duit dengan Ah Long. Pinjam dengan Ah Long, pakai alamat rumah orang lain. Sekarang saya yang kena tanggung rasa takut jika terjadi apa-apa pada rumah. 



"Nama peminjam Nurul Ain Shuhada binti Rozly berasal dari Kelantan  dan lahir pada tahun 1993. Kalau ada sesiapa yang mengenalinya, sila maklumkan kepada saya," katanya. 

Menurut Adha, kawasan rumahnya telah diceroboh dan fius elektrik rumahnya telah dicuri dua kali dipercayai dilakukan oleh Ah Long terbabit. 


"Yang jahatnya Ah Long ni, dia pergi ambil fius elektrik dah dua kali. Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) jadi pelik kenapa terjadi sampai begitu. Mungkin ini pun kes pertama mereka. Jadi, polis alert ini dah jadi kes jenayah sebab menceroboh masuk ke kawasan rumah dan mencuri. 


"Hari ini (17 Februari 2019) casing kunci pintu kereta kena cabut. Cari keliling kereta, tak ada pun casing itu. Haih, tak tahulah nak salahkan Ah Long ni panjat pagar ke, kemudian cabut. 



"One of my tenants knew this girl. They rented this house before with previous owner. Now I'm the new owner to this house. The girl memang pernah banyak masalah dengan tenants lain sebelum ini. Nombor telefon dia pun dah ditukar. Phone number pun tak ada, so I decided letak papan depan pagar. At least jiran-jiran pun alert. Hopefully diorang faham," katanya. 


Ekoran kejadian itu dan bimbang dengan keselamatan dirinya, Adha membuat laporan polis dan berharap Ah Long terbabit berhenti dari terus mengganggunya. 

"Saya harap perkara ini tidak berlaku lagi dan Ah Long berhenti dari mengganggu kerana saya tiada kaitan dan tidak mengenali si peminjam. 

"Tak sangka pun kejadian seperti ini akan berlaku. Kita yang rasa tak tenteram. Saya berharap perempuan ini segera dijumpai sebab dah menyusahkan orang. 

"Sekarang saya yang kena menghadap Ah Long dan yakinkan mereka bahawa perempuan ini sudah tidak tinggal di rumah ini lagi. Harap mereka tidak bertindak agresif, simbah cat atau buat apa-apa terhadap rumah dan kereta saya," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.