Loading...
TR

'Bob' serah diri di IPD Tapah


Lelaki yang terlibat dalam kejadian membelasah seorang pekerja Stesen Minyak Petronas Sungkai pada 6 Oktober lalu telah ditahan sebaik saja menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, semalam, lapor Sinar Harian. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada jam 4.15 petang semalam dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk mendapatkan tempoh reman tetap. 

"Pihak polis berjaya menahan dua suspek bagi membantu siasatan selepas video kejadian itu tular di media sosial.

"Suspek pertama berusia 40 tahun ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam (kelmarin) telah direman sehingga Ahad ini," katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.