Loading...
TR

'Terima kasih Tok Mat' - BN gagal pertahankan Negeri Sembilan


Menurut laporan media tempatan, Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Hasan, gagal mempertahankan negeri itu yang kini bakal ditadbir oleh Pakatan Harapan. 

Mengetahui kegagalan itu, beliau sempat turun bertemu dengan penyokongnya yang berkumpul di Kediaman Rasmi Menteri Besar dan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya selama ini. 

Difahamkan, Mohamad berkata dia telah melakukan yang terbaik untuk Negeri Sembilan, namun redha dengan pilihan pengundi yang tidak mahukan beliau terus mentadbir negeri itu. 



Suasana di kawasan itu kelihatan suram dengan beberapa penyokong terutamanya penyokong wanita yang dilihat menangis. 

Menurut pegawainya, Mohamad akan memberi kenyataan rasmi pada pagi kelak. 

Sementara itu, calon BN di Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga dilaporkan tewas. Beliau yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan akur dengan pilihan rakyat Malaysia. 

"Rakyat Malaysia sudah bersuara dan suara rakyat adalah keramat. Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara," tulisnya.


Calon BN Syamsul Debat yang bertanding di DUN Sikamat juga dilaporkan tewas. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.