Loading...
TR

Kerajaan BN Sabah bakal hilang majoriti? 2 ADUN dijangka akan sertai Warisan


Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) yang baru saja dibentuk selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri jam 11.15 malam Khamis di Istana Negeri di Kota Kinabalu kini berada dalam keadaan bahaya.

Lapor The Star, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Hamisah Samat (Tanjong Batu) tiba di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada jam 12.15 tengah hari tadi. 

Kedua-duanya yang mengadakan pertemuan tertutup dengan Mohd Shafie serta beberapa pemimpin kanan Warisan dipercayai akan menyertai Warisan.

Difahamkan, kedua-dua ADUN itu tidak dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Sabah yang diumumkan Musa selepas mengangkat sumpah, malam tadi.

Terdahulu dalam sidang media Shafie berkata, mereka tidak mengiktirafkan kerajaan negeri baharu itu yang disifatkan tidak sah kerana tidak mendapat mandat mutlak untuk membentuk kerajaan.

"Kami tahu sokongan rakyat tidak berada di pihak mereka. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan. Kami tidak akan membiarkan kerajaan yang tidak sah. Kita tunggu dan lihat. Masa akan tiba dan dalam politik selalu ada perkara mengejutkan," katanya.

Sebelum ini, sumber mengatakan tiga dari lima ADUN BN yang akan menyertai Warisan, bagaimanapun mereka masih bersama presiden parti Datuk Seri Madius Tangau, yang sebelum ini mengatakan lima wakil rakyat akan meninggalkan Barisan semalam. 

Sekiranya dua ADUN berkenaan keluar dan menyertai Warisan, ia akan mengurangkan kerusi majori yang dimiliki BN Sabah kepada 26 kerusi dan ditambah pula dengan khabar yang mendakwa akan ada ramai lagi ADUN UMNO dan PBS berpaling tadah tidak lama lagi. 

Musa, dengan 29 kerusi Barisan mendakwa mendapat majoriti mudah 31 kerusi dengan penyertaan dua kerusi dari ADUN STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Musa juga dilaporkan menyenaraikan Jeffrey dalam senarai 10 ahli kabinetnya. 

Menurut sumber dari Warisan berkata, Shaffie telah mengarahkan semua wakil rakyatnya berkumpul di rumahnya pada hari ini jam 2.30 petang. Mereka juga menjangkakan lebih banyak ADUN Barisan akan menyertai Warisan bersama dengan DAP dan PKR. 

Terdahulu dalam sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pagi tadi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara yang dialami oleh parti komponen Pakatan Harapan di Sabah itu dan sekiranya ada bukti menunjukkan wakil rakyat telah 'dibeli', tindakan akan diambil.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.