Loading...
TR

'15 minit atas pelamin, muka dah bercapuk' - Pengantin


Gara-gara memilih make-up artist (MUA) yang tidak berkualiti dan mementingkan keuntungan semata-mata, seorang pengantin terpaksa menghilangkan diri seketika kerana malu dengan solekan di wajahnya yang 'rosak'. 

"Saya ingin meminta maaf jika pada Sabtu yang lepas semasa majlis saya, saya hilang sekejap disebabkan malu untuk berjumpa sahabat dengan keadaan muka saya," tulis Nurul Hidayah di Facebooknya. 

Bagaimanapun, Nurul bernasib baik kerana ada beberapa rakan baiknya yang membantu menyolek mukanya. 

"Saya tak nak mendedahkan mana-mana pihak, cukuplah memberi peringatan supaya pilih wedding planner yang terbaik untuk hari bahagia anda nanti. Ambil yang murah boleh, tetapi pastikan berkualiti. (Perkahwinan itu) sekali seumur hidup.

"Saya sedikit kecewa tetapi semua benda dah lepas," tulisnya. 

Lebih kurang 30minit di atas pelamin. Biasa ke muka bercapuk mcm ni bile atas pelamin? | Foto - Nurul Hidayah
15 minit di atas pelamin. Mood dh mula spoil rasa nak tanggal semua makeup pakai muka original je lg cantik | Foto - Nurul Hidayah
Muka da buruk gile cmni mood pon dh spoil senyum pon xnak | Foto - Nurul Hidayah
Kawan kawan tacap balik untuk sesi photoshoot | Foto - Nurul Hidayah
Nurul juga menasihatkan bakal-bakal pengantin perempuan mengambil MUA yang berlainan dari pakej perkahwinan yang sedia ada sebagai langkah keselamatan agar majlis perkahwinan mereka tidak terjejas di saat-saat akhir. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.